TETIBA TERASA MAHU MENULIS

Assalamualaikum....

Hari ini tanggal 8 Mac 2013. Sudah 89 tahun kita hidup tanpa naugan Khilafah, sehingga detik 3 Mac.
Ya Allah....dekatkanlah Daulah Khilafah dengan kami....kami sudah tidak mampu hidup tersiksa di bawah sistem yang semakin menghimpit kehidupan ini.

Terasa diri ini begitu kerdil.....Lama giler dah sebenarnya ana tak menulis. Hampir 4 tahun ana disibukkan dengan tugasan harian dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan dan dalam 4 tahun ini juga banyak peristiwa peristiwa yang berlaku tanpa kita sedari...Terasa diri ini hanyut di bawah arus keduniaan. Entah kenapa semalam terasa begitu salju di hati dan tetiba pagi ni ingin mencoret sesuatu di sini.

Dalam diam teringat satu lagu yang sering ana nyanyikan ketika bersendirian. ANTARA 2 CINTA.....

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku

Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh


Ya Allah, bantulah hambaMu ini dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini yang penuh dengan cabaran ini. Kuatkanlah hati, akal dan imanku dalam mencari keredhaan mu...Ampunilah segala dosa-dosaku yang terdahulu, terkini dan akan datang. Aamiin....!!!

dn
8 Mac 2013
25 RabiulAkhir 1424H



Bagaimana ana mengenali Islam (TAKRIF ISLAM)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jam menunjukkan pukul 1.00 petang 1 April 2009. Dah lama rasanya ana tak mencoret sesuatu di sini. Di sini ana coretkan satu topik yang bagi ana rasanya tak kurang pentingnya juga untuk kita ketahui.

Bila sebut sahaja Islam, mesti ia sudah sinonim dengan kita sebagai individu Muslim. Malah yang bukan muslim pun mesti tau bila disebut Islam. Pendek kata Islam ini telah menjadi bualan sejak zaman berzaman. Sejak diutuskan Muhammad Rasul terakhir kita dan itulah risalah yang dibawa baginda.

Bila sebut sahaja Islam, pelbagai pandangan atau pendapat lahir dari fikiran. Sebelum itu, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita mendapat nikmat paling utama iatu nikmat Islam. Sejak dilahirkan sudah diazankan dan diiqamahkan. Terlupa pulak ana mungkin ada yang membaca nukilan ana ini bukan beragama Islam. Apapun ana doakan agar diberi hidayah olehNya untuk mengenali dengan lebih dekat lagi apa itu ISLAM dan turut sama join the club.

Di sini juga tidak bermakna yang bergelar Muslim mahupun Muslimah sekarang ini kenal dengan jelas apa itu Islam. Samalah dengan ana sebelum 2004 dulu..masih mencari dan masih berperang dengan diri sendiri....Masih mencari identiti diri.... Islam cuma pada nama di kad pengenalan. Mengamalkan Islam cuma pada perkara-perkara yang berkaitan dengan ibadah sahaja. Masih keliru...bertudung cuma mengikut fesyen semata-mata di mana di situ tidak jelas kewajipan bertudung (tahu perkara itu wajib)...tapi tidak terasa keterikatan dengan hukum itu sendiri.... di rumah tidak bertudung walau ada lelaki ajnabi. Bertudung hanya bila keluar rumah sahaja. Pendek kata bila diingat dosa-dosa yang lalu....kecut perut dibuatnya...Sudikah Allah mengampunkan dosa-dosaku yang lalu....Ya Allah ampunilah dosa hambaMu yang hina ini...

Alhamdulillah.....setelah lama mencari..akhirnya ku temui apa yang memuaskan akal dan menenangkan hati...dan Alhamdulillah ana masih di sini. (teringat lagu xpdc...aku masih di sini)

Kita teruskan kepada perbincangan....

Perkatan Islam berasal dari perkataan ArabAl-Islam (aslama,yuslimu,islaman) di mana dari segi bahasa ia bermaksud aman, sejahtera, harmoni. Manakala untuk mencari makna istilahnya banyak yang ana jumpa. Tapi satu pun tidak memenuhi hati ana sebenarnya. Seingat ana, semasa di sekolah menengah dahulu ana pernah didedahkan dengan perkataan IMAN, ISLAM dan IHSAN.

IMAN- membenarkan sesuatu di dalam hati, mengaku dengan lidah dan mengamalkannya dengan perbuatan. ( ana hafal sebab nak jawab exam).

ISLAM - Menyerah diri/ tunduk kepada yang Maha Berkuasa. ( yang ni ana tak sure apa maknanya masa sekolah dulu....(adik-adik sekolah menengah..boleh komen)

IHSAN- Melakukan sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan...(yang ni pun ana tak sure...(sesiapa boleh komen?!!!)

So....inilah makna-makna perkataan yang ana simpan....tak dikeluarkan pun selepas SPM...sebab dah takde subject agama. So...bila ada orang tanya...apa yang kamu faham dengan Islam....apa yang terbayang di fikiran ana....ialah.....RUKUN ISLAM.....so....basicnya kita kena mengucap, sembahyang, puasa, zakat, dan naik haji......so kalau dah mengucap tu islamlah dia...dan bila dah naik haji....maka selesailah islamnya...that's mean...completelah hidup dia sebagai muslim.....kekadang bila teringat semula apa yang ada di fikiran ana sebelum 2004 dulu...memang terasa dhaifnya seorang aku!!!

Bila ana mula berjinak dengan gerakan ini, ana diajak untuk mengikuti Pra-Murakazah. dan tajuk pertama yang ana belajar ialah Takrif Islam....dan bermula di situlah, itulah kali pertama dalam hidup ana puas hati bila dijelaskan maksud Islam yang sebenarnya.

Apa yang ana puas hati, setiap pernyataan/statement yang dikeluarkan pasti ada dalil naqli yang menyokong dan bukannya berlandaskan akal semata...

"ISLAM ialah agama yang diturunkan oleh Allah SWT, kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk mengatur hubungan manusia dengan Allah, dengan dirinya dam sesama manusia."

-Rujuk buku Islam Politik dan Spiritual- Hafidz Abdurrahman-

Di sini ada 3 point penting yang perlu kita fahami.

Pertama, agama yang diturunkan oleh Allah. Maksudnya secara automatik ia menolak agama ciptaan manusia seperti Hindu, Buddha, Confucious dan selainnya.

Kedua, diturunkan kepada Nabi Muhammmad s.a.w. Ini bermakna secara pastinya mengecualikan agama samawi yang lain seperti Yahudi yang diturunkan kepada Nabi Musa dan Kristian kepada Nabi Isa.

Dan yang ketiga, mengatur hubungan manusia dengan Allah, dengan dirinya dan dengan sesama manusia, bermakna meliputi seluruh urusan yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat. Ini berkaitan dengan dosa, pahala, syurga, neraka dan pastinya aqidah, ibadah, ekonomi ,sosial, politik, budaya pendidikan dan sebagainya.

Pendek kata....ISLAM ini merupakan the way of life....di mana ia mengatur setiap kehidupan manusia bermula dari bangun tidur sampailah keesokan harinya.

Untuk perbincangan seterusnya mengenai Islam ana akan postkan di waktu yang lain. Panjang lagi sebenarnya nak dibincangkan....he..he...dah nak pukul 2.00 petang dah....gtg..wassalam

WAllahu A'lam.

dn...1.50 pm...1 April 2009/5 Rabiul Akhir 1430H


DUNIA BARU ISLAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Di sini ana paste satu lirik lagu yang ana pernah dengar pada tahun 1995. Masa tu ana join Kem Bina Negara. Ada satu slot ceramah tu, seorang penceramah pasang lagu ni dan minta kami semua hayati dan selaminya. Masa tu ana duk selami. Apa yang ana dapat cuma rasa sayu dan pilu tapi tak tahu apa yang pilu sebenarnya. Masih tak dapat jawapan.... Sampailah lebih kurang 10 tahun selepas itu, barulah kepiluan itu terasa sehingga ke lubuk hati...

Pilu kerana lebih 80 tahun tiada Daulah Khilafah,
Pilu kerana umat semakin tersiksa dan tertindas,
Pilu kerana darah umat Islam mengalir tanpa dibela,
Pilu kerana masih ada umat yang tidur lena bagai tiada apa-apa,
Pilu kerana umat Islam bertelagah di mana-mana,
Pilu kerana Umat Islam sendiri yang memfitnah saudara sendiri,
Pilu sepilu-pilunya......

Apapun, marilah sama-sama kita berjuang bersama-sama,
Menyedarkan umat betapa pentingnya Daulah Khilafah,
Demi melanjutkan kehidupan Islam,
Untuk kebahagian dunia dan akhirat.

Di sini ana sertakan lirik lagu pertama yang pernah ana dengar dan menyedarkan ana tentang KENANGAN INDAH.....

Allahua'lam

Wassalam.

dn
13 Mac 2009
2.00 pm


DUNIA BARU ISLAM

Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi

Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan

Di celah itulah kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah
Di sini bara tak pernah padam
Digenggam kukuh sebuah azam

Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun Dunia Baru Islam

Kenali Islam secara kaffah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini tanggal 13 Mac 2009. Genap 85 tahun 10 hari Daulah Khilafah gugur ke bumi...Adakah ia akan muncul 85 tahun lagi? 100 tahun lagi? Atau 10 tahun atau esok? Siapa tahu..Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita sebagai hambanya perlu teruskan dakwah bagi melanjutkan kehidupan ISLAM dan kita perlu bersedia dengan kebangkitan Islam ini dengan memantapkan ilmu-ilmu Islam secara keseluruhan dan bukannya cuma dari segi berwuduk, solat, puasa, zakat dan haji. Ilmu itu hanya sebahagian sahaja...dan banyak lagi kita sebagai individu Islam perlu tahu. Sistem pergaulan di dalam Islam, Sistem Ekonomi Islam, Sistem Pendidikan Islam, Sistem Perundangan Islam, Sistem Pemerintahan Islam. Hubungan Luar Negeri mengikut Islam dan pelbagai lagi.

Sabda Rasulullah s.a.w,

طَلَبُ العِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلىَ كُلِّ مُسْلِمٍ

"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim"

Bila kita sudah mengetahui tentang semua itu, perlulah kita menyampaikan kepada sahabat kita tentang ilmu yang diperolehi. Dari sini barulah bergerak dakwah yang juga wajib ke atas individu muslim.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang beruntung". [ Al-Imran{3} Ayat 104.]

Dan kita perlu ingat bahawa setiap kewajipan itu bila dibuat mendapat ganjaran pahala dan bila ditinggalkan mendapat dosa. Nauzubillahiminzalik. Oleh itu, marilah sama-sama kita semua memantapkan ilmu Islam kita di samping menyampaikan apa yang dipelajari kepada semua. Islam terdiri dari aqidah dan syariat. Jika tiada salah satunya tidak sempurna ISLAM itu umpama lagu tanpa irama, pantai tanpa ombak, pasti hilang serinya.

Allahu'alam.

Wassalam.

dn
13 Mac 2009
1.30 pm

3 Mac 1924

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.
Entah mengapa tetiba terdetik di hati, jari mula menaipkan bait-bait kata di depan komputer. Terasa ingin ana menulis sesuatu. Walaupun tak pandai menulis bait kata, tapi hati meronta-ronta minta diluah apa yang ada di dada. Hari ni 11 Mac 2009. Genap 85 tahun 8 hari kita membuat haluan sendiri tanpa dipayungi di bawah kesatuan Daulah Khilafah. Umat Islam terpecah kepada lebih 50 buah negara yang di garisi sempadan geografi. Hal aku..hal aku...hal kau...kau punya pasal. Aku peduli apa...yang penting...negara aku aman dan makmur. Itulah lumrah dunia yang hanya mementingkan manfaat semata-mata.

3 MAC 1924
Tarikh keramat yang sepatutnya di kenang,
Setiap yang bergelar MUSLIM,
Mengapa???
Kerana di sinilah bermulanya,
Satu titik hitam menghancurkan umat Islam,
Titik jatuhnya Daulah Khilafah,
Perpecahan di mana-mana,
Umat Islam mula di tindas,
Palestin mula diagihkan,
Di beri percuma pada Yahudi laknatullah,
Kapitalisme mula mengorak langkah,
Sosialisme terus menjajah,
Kerajaan Turki Uthmaniah tersungkur rebah,
Angkara Kamal Attarturk laknatullah,
Dalam sejarah di kenal Bapa Permodenan Turki,
Rupanya dia Bapa Pemusnah Islam.
Dan kini setelah 85 tahun,
Adakah kita tidak terasa apa-apa???

ISLAM IS THE WAY OF LIFE...
Ungkapan itu kini hanya tinggal ungkapan semata,
Dulu 1400 tahun lampau di zaman Khilafah,
Ia bukan hanya ungkapan tetapi menjadi praktikal seharian,
Mengatur kehidupan individu dengan Pencipta,
Mengatur kehidupan individu dengan dirinya sendiri,
Mengatur kehidupan individu dengan orang lain,
Tapi kini....
ia cuma mengatur kehidupan individu dengan Pencipta
Dalam ibadah khusus semata,
Yang selebihnya, aturan kehidupan banyak mengikut hawa nafsu,
Cara berpakaian, bertingkahlaku, material - Hak Asasi Manusia diamalkan
Bermuamalah, jual beli, berekonomi - Kapitalisme yang dianuti,
Pendidikan seharian, sekolah, universiti - Pendidikan sekularisme diterapkan,
Mentadbir negara, negeri, daerah - Demokrasi, Parlimen, Raja Berperlembagaan diagungkan
Menghakimi setiap kesalahan - Undang-undang Sivil tetap berkuasa,

Di mana ISLAM? di campak? di buang?
Al-Quran hanya jadi nyayian, dilagu-lagukan di pentas-pentas dunia,
Menang uwang berjuta-juta,
Tapi isi kandungannya ditong sampahkan,
Hukum nikah kawin, cerai talak, di ambil,
Hukum mencuri, berzina di tolak tepi,
Inilah dunia hari ini,
Mengambil hukum mengikut hawa nafsu semata,
Bukannya mencari keredhaan yang Maha Esa,

Ayuhlah sahabatku,
Bangkitlah dan sedarlah dari mimpi,
Ingatlah apa tujuan kita hidup di sini,
Marilah sama-sama kita mengembalikan kehidupan Islam,
Realisasikan ISLAM IS THE WAY OF LIFE,
Hanya dengan Daulah Khilafah,
Ia akan menjadi kenyataan.

Allahu'alam

Wassalam

dn
11 Mac 2009
1.00 pm