Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Di sini ana paste satu lirik lagu yang ana pernah dengar pada tahun 1995. Masa tu ana join Kem Bina Negara. Ada satu slot ceramah tu, seorang penceramah pasang lagu ni dan minta kami semua hayati dan selaminya. Masa tu ana duk selami. Apa yang ana dapat cuma rasa sayu dan pilu tapi tak tahu apa yang pilu sebenarnya. Masih tak dapat jawapan.... Sampailah lebih kurang 10 tahun selepas itu, barulah kepiluan itu terasa sehingga ke lubuk hati...
Pilu kerana lebih 80 tahun tiada Daulah Khilafah,
Pilu kerana umat semakin tersiksa dan tertindas,
Pilu kerana darah umat Islam mengalir tanpa dibela,
Pilu kerana masih ada umat yang tidur lena bagai tiada apa-apa,
Pilu kerana umat Islam bertelagah di mana-mana,
Pilu kerana Umat Islam sendiri yang memfitnah saudara sendiri,
Pilu sepilu-pilunya......
Apapun, marilah sama-sama kita berjuang bersama-sama,
Menyedarkan umat betapa pentingnya Daulah Khilafah,
Demi melanjutkan kehidupan Islam,
Untuk kebahagian dunia dan akhirat.
Di sini ana sertakan lirik lagu pertama yang pernah ana dengar dan menyedarkan ana tentang KENANGAN INDAH.....
Allahua'lam
Wassalam.
dn
13 Mac 2009
2.00 pm
DUNIA BARU ISLAM
Masih basah kenangan indah
Zaman cemerlang era gemilang
Ketika Rasul ada di sisi
Para sahabat mentadbir bumi
Zaman nubuwwah era khulafa'
Islam laksana api yang menyala
Menerangi teman dan juga sahabat
Bahang panasnya membakar lawan
Di celah itulah kami mengatur langkah
Membina sebuah thoifah
Di sini bara tak pernah padam
Digenggam kukuh sebuah azam
Ayuhlah para mujahid
Ayuhlah para mujahidah
Kita tinggalkan zaman fitnah
Agar tertegak kalimatullah
Agar terbangun Dunia Baru Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
---------------
ReplyDeleteBerganti Musim.
---------------
I
Tidak berapa lama dahulu
mentari sosialisma dan kominisma telah terbenam
di bawah selipar lelaki kurus berwajah Shah Rukh Khan
...dengan serban besar berjambang.
Di dada
...keberanian berintikan Iman.
Di bahu
...laras Kalashnikov tersandang.
Di kepala
...kering pemikiran tentang kehidupan.
Di tampok kekuasaan
...mangsa percaturan.
II
Saat ini dunia sedang menjadi saksi
mentari kapitalisma mulai redup
merangkak lesu ke ufuk persemadian.
Setelah puas memancarkan rediasi beracun
melahap ribuan juta korban yang walang
menebar wabak kepada kemanusiaan
individualisma, sekularisma, nasionalisma dan kebebasan
meracuni pemikiran.
III
Nanti dalam hitungan hari
mentari Islam akan bercahaya
mengambil tempatnya tegak di kepala
Bumi bersiap berganti musim
hembusan bayu segar sedang menyapa
di kota dan di desa.
Bibit bedekad yang sentiasa ditebarkan
dalam panas dan hujan
tanpa mengenal jemu dan bosan
oleh petani-petani muda pengusung harapan
mula mencambahkan pohon kesejahteraan
akan membesar sebagai teduhan
buat mu insan.
IV
Demikianlah ketetapan dari Surgawi
Khilafah itu kewajipan dan Janji.
FM
Maharani
26 Maret 2009.
Assalamualaikum FM,
ReplyDeleteTerima kasih atas coretan.
Wassalam.
dn
Salam, tak sangka dalam Kem Bina Negara ada disentuh mengenai isu ini. Ana tak pernah menghadiri mana-mana kem bina negara, selama ni pula seringkali dimomokkan dengan perkara-perkara yang tidak baik mengenai Kem Bina Negara. Alhamdulillah rupanya tak seburuk yang disangka. Bahkan lebih baik daripada sesetengah program yang hanya tahu menghentam serta memburuk-burukkan lawan semata-mata. [Ana nyatakan secara umum & tak tujukan kepada mana-mana pihak]
ReplyDeleteWallahu'alam...
Wassalam...
Salam adik....Ana join kem bina negara ni pada tahun 1995. Sebelum tu tahun 1994 pun ana dah join. Sebenarnya dalam Kem Bina Negara takde citer pasal pun pasal Negara Islam ni. Mungkin lagu itu dipasang atas kehendak penceramah. Time tu slot dia, so orang tak leh kacau. Dia pasang jer...tapi tak citer pun pasal kejatuhan Daulah. Cuma citer zaman kegemilangan 1400 tahun dulu. Ana pilu tu dulu bukan sebab lirik, tapi sebab irama. sadis-sadis!!!
ReplyDelete