Kenali Islam secara kaffah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini tanggal 13 Mac 2009. Genap 85 tahun 10 hari Daulah Khilafah gugur ke bumi...Adakah ia akan muncul 85 tahun lagi? 100 tahun lagi? Atau 10 tahun atau esok? Siapa tahu..Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Kita sebagai hambanya perlu teruskan dakwah bagi melanjutkan kehidupan ISLAM dan kita perlu bersedia dengan kebangkitan Islam ini dengan memantapkan ilmu-ilmu Islam secara keseluruhan dan bukannya cuma dari segi berwuduk, solat, puasa, zakat dan haji. Ilmu itu hanya sebahagian sahaja...dan banyak lagi kita sebagai individu Islam perlu tahu. Sistem pergaulan di dalam Islam, Sistem Ekonomi Islam, Sistem Pendidikan Islam, Sistem Perundangan Islam, Sistem Pemerintahan Islam. Hubungan Luar Negeri mengikut Islam dan pelbagai lagi.

Sabda Rasulullah s.a.w,

طَلَبُ العِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلىَ كُلِّ مُسْلِمٍ

"Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim"

Bila kita sudah mengetahui tentang semua itu, perlulah kita menyampaikan kepada sahabat kita tentang ilmu yang diperolehi. Dari sini barulah bergerak dakwah yang juga wajib ke atas individu muslim.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang beruntung". [ Al-Imran{3} Ayat 104.]

Dan kita perlu ingat bahawa setiap kewajipan itu bila dibuat mendapat ganjaran pahala dan bila ditinggalkan mendapat dosa. Nauzubillahiminzalik. Oleh itu, marilah sama-sama kita semua memantapkan ilmu Islam kita di samping menyampaikan apa yang dipelajari kepada semua. Islam terdiri dari aqidah dan syariat. Jika tiada salah satunya tidak sempurna ISLAM itu umpama lagu tanpa irama, pantai tanpa ombak, pasti hilang serinya.

Allahu'alam.

Wassalam.

dn
13 Mac 2009
1.30 pm

No comments:

Post a Comment