Bagaimana ana mengenali Islam (TAKRIF ISLAM)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jam menunjukkan pukul 1.00 petang 1 April 2009. Dah lama rasanya ana tak mencoret sesuatu di sini. Di sini ana coretkan satu topik yang bagi ana rasanya tak kurang pentingnya juga untuk kita ketahui.

Bila sebut sahaja Islam, mesti ia sudah sinonim dengan kita sebagai individu Muslim. Malah yang bukan muslim pun mesti tau bila disebut Islam. Pendek kata Islam ini telah menjadi bualan sejak zaman berzaman. Sejak diutuskan Muhammad Rasul terakhir kita dan itulah risalah yang dibawa baginda.

Bila sebut sahaja Islam, pelbagai pandangan atau pendapat lahir dari fikiran. Sebelum itu, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita mendapat nikmat paling utama iatu nikmat Islam. Sejak dilahirkan sudah diazankan dan diiqamahkan. Terlupa pulak ana mungkin ada yang membaca nukilan ana ini bukan beragama Islam. Apapun ana doakan agar diberi hidayah olehNya untuk mengenali dengan lebih dekat lagi apa itu ISLAM dan turut sama join the club.

Di sini juga tidak bermakna yang bergelar Muslim mahupun Muslimah sekarang ini kenal dengan jelas apa itu Islam. Samalah dengan ana sebelum 2004 dulu..masih mencari dan masih berperang dengan diri sendiri....Masih mencari identiti diri.... Islam cuma pada nama di kad pengenalan. Mengamalkan Islam cuma pada perkara-perkara yang berkaitan dengan ibadah sahaja. Masih keliru...bertudung cuma mengikut fesyen semata-mata di mana di situ tidak jelas kewajipan bertudung (tahu perkara itu wajib)...tapi tidak terasa keterikatan dengan hukum itu sendiri.... di rumah tidak bertudung walau ada lelaki ajnabi. Bertudung hanya bila keluar rumah sahaja. Pendek kata bila diingat dosa-dosa yang lalu....kecut perut dibuatnya...Sudikah Allah mengampunkan dosa-dosaku yang lalu....Ya Allah ampunilah dosa hambaMu yang hina ini...

Alhamdulillah.....setelah lama mencari..akhirnya ku temui apa yang memuaskan akal dan menenangkan hati...dan Alhamdulillah ana masih di sini. (teringat lagu xpdc...aku masih di sini)

Kita teruskan kepada perbincangan....

Perkatan Islam berasal dari perkataan ArabAl-Islam (aslama,yuslimu,islaman) di mana dari segi bahasa ia bermaksud aman, sejahtera, harmoni. Manakala untuk mencari makna istilahnya banyak yang ana jumpa. Tapi satu pun tidak memenuhi hati ana sebenarnya. Seingat ana, semasa di sekolah menengah dahulu ana pernah didedahkan dengan perkataan IMAN, ISLAM dan IHSAN.

IMAN- membenarkan sesuatu di dalam hati, mengaku dengan lidah dan mengamalkannya dengan perbuatan. ( ana hafal sebab nak jawab exam).

ISLAM - Menyerah diri/ tunduk kepada yang Maha Berkuasa. ( yang ni ana tak sure apa maknanya masa sekolah dulu....(adik-adik sekolah menengah..boleh komen)

IHSAN- Melakukan sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan...(yang ni pun ana tak sure...(sesiapa boleh komen?!!!)

So....inilah makna-makna perkataan yang ana simpan....tak dikeluarkan pun selepas SPM...sebab dah takde subject agama. So...bila ada orang tanya...apa yang kamu faham dengan Islam....apa yang terbayang di fikiran ana....ialah.....RUKUN ISLAM.....so....basicnya kita kena mengucap, sembahyang, puasa, zakat, dan naik haji......so kalau dah mengucap tu islamlah dia...dan bila dah naik haji....maka selesailah islamnya...that's mean...completelah hidup dia sebagai muslim.....kekadang bila teringat semula apa yang ada di fikiran ana sebelum 2004 dulu...memang terasa dhaifnya seorang aku!!!

Bila ana mula berjinak dengan gerakan ini, ana diajak untuk mengikuti Pra-Murakazah. dan tajuk pertama yang ana belajar ialah Takrif Islam....dan bermula di situlah, itulah kali pertama dalam hidup ana puas hati bila dijelaskan maksud Islam yang sebenarnya.

Apa yang ana puas hati, setiap pernyataan/statement yang dikeluarkan pasti ada dalil naqli yang menyokong dan bukannya berlandaskan akal semata...

"ISLAM ialah agama yang diturunkan oleh Allah SWT, kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk mengatur hubungan manusia dengan Allah, dengan dirinya dam sesama manusia."

-Rujuk buku Islam Politik dan Spiritual- Hafidz Abdurrahman-

Di sini ada 3 point penting yang perlu kita fahami.

Pertama, agama yang diturunkan oleh Allah. Maksudnya secara automatik ia menolak agama ciptaan manusia seperti Hindu, Buddha, Confucious dan selainnya.

Kedua, diturunkan kepada Nabi Muhammmad s.a.w. Ini bermakna secara pastinya mengecualikan agama samawi yang lain seperti Yahudi yang diturunkan kepada Nabi Musa dan Kristian kepada Nabi Isa.

Dan yang ketiga, mengatur hubungan manusia dengan Allah, dengan dirinya dan dengan sesama manusia, bermakna meliputi seluruh urusan yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat. Ini berkaitan dengan dosa, pahala, syurga, neraka dan pastinya aqidah, ibadah, ekonomi ,sosial, politik, budaya pendidikan dan sebagainya.

Pendek kata....ISLAM ini merupakan the way of life....di mana ia mengatur setiap kehidupan manusia bermula dari bangun tidur sampailah keesokan harinya.

Untuk perbincangan seterusnya mengenai Islam ana akan postkan di waktu yang lain. Panjang lagi sebenarnya nak dibincangkan....he..he...dah nak pukul 2.00 petang dah....gtg..wassalam

WAllahu A'lam.

dn...1.50 pm...1 April 2009/5 Rabiul Akhir 1430H


No comments:

Post a Comment